Profil Pengasas Halijah
- Waktu bekerja di jabatan imigresen lapangan terbang Paya Lebar Singapura, beliau menjadi pegawai sukarela kebajikan seorang syeikh haji yang terkemuka di Singapura.
- Beliau kemudian bertukar tugas dan menjadi egen pengurusan darat dengan Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Singapura (SATS).
- Pertama kali menunaikan haji pada 1979, biaya perjalanan dibantu oleh ayahnya yang baru bersara. Beliau gigih membantu jemaah di tanah suci dan apabila kembali beliau semakin giat berkhidmat.
- Pada 1981, berhenti kerja dan menceburi bidang haji sepenuh masa. Ketika itu beliau bergabung tenaga dengan beberapa orang dan memperkenalkan beberapa pembaharuan untuk meningkatkan mutu khidmat haji.
- Pernah dipilih untuk menyertai rombongan MUIS sebagai wakil syeikh-syeikh haji Singapura untuk meninjau dan berunding dengan pihak Muassasah di Makkah bagi pengurusan jemaah haji Singapura di tanah suci.
- Berjaya menarik minat ramai anak-anak muda sehingga terbentuk satu kumpulan petugas haji yang terbukti berdedikasi serta sanggup menghabiskan masa-masa mereka dengan menabur bakti kepada jemaah haji secara sukarela.
- Menubuhkan Halijah Travel Pte Ltd pada 1991, menggunakan nama aslinya demi mewujudkan identiti tersendiri.
- Meninggal dunia pada 13 Februari 1997.

Saya gembira dengan kerjaya saya sebab ia adalah sesuatu yang saya pohon selama ini - iaitu agar saya dapat bekerja sambil menyumbang kepada agama dan masyarakat dan saya sendiri dapat mengerjakan Haji setiap tahun.