MENGENAI KURSUS HAJI / UMRAH

Mengikuti kursus sebelum menunaikan Haji & Umrah penting demi memastikan ibadah kita sempurna. Sebaik-baiknya bakal jemaah sudah faham dengan sebahagian besar daripada rukun, wajib, sunat & makruh Haji/Umrah.

Kami di Halijah Travel amat prihatin dalam memastikan bakal-bakal tetamu Allah dibantu sebanyak yang boleh. Dari masa ke masa kami mempertingkatkan bahan-bahan mengajar kami agar para jemaah mudah menghayati ilmu-ilmu tersebut.

BUKU PANDUAN

> menggunakan buku panduan ibadah Haji (Menyahut Seruan Ilahi) & Umrah (Doa-doa Dalam Ibadah Umrah) dan beberapa buku ibadah sampingan yang lain susunan pembimbing kursus, Ustaz Sawifi Samson, yang berpengalaman lebih 18 tahun membimbing jemaah Haji & Umrah.

PENYAMPAIAN KURSUS

> menggunakan berbagai alat multi-media dalam penyampaian kursus.

FARDHU 'AIN

> menerapkan kursus Fardhu 'Ain sambil mengajar manasik Haji.

KURSUS PRAKTIKAL

> menganjurkan kursus praktikal ibadah Haji untuk menyediakan latihan yang menyerupai suasana ibadah Haji.

SESI TAMBAHAN

> ceramah-ceramah untuk menyiapkan jemaah secara mental dan fisikal, seperti Ceramah Haji Mabrur, mengundang doktor perubatan untuk memberi nasihat perubatan dan kakitangan penerbangan untuk memberi taklimat penerbangan.